Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Cinta kita yang lahir dari hati tulus ikhlas setia mengharungi semua rintangan bersama, akan dipertaruhkan cinta ini sehingga termeterainya janji ikatan yang sah di sisiNYA.AMIN

Followers

Wednesday, December 7, 2011

Perlukah Bajet Perkahwinan???

Bukan kerajaan jer memerlukan bajet yer, kita yang nak mendirikan rumahtangga ni juga perlukan bajet. Kenapa?? Okay, frankly speaking, once we have our own budget, so may help our process getting smoothly interms of cash and we can overcome ourself from facing the overbudget.... Underbudget is good, but its rare right???

Okay, saya dah wat template bajet ni since april lagi. Semua ni gara-gara terpengaruh opismate nak kahwin on may.. So saje memanjakan diri with all these stuffs..hahahaha... Basically, kita kena tengok jugak checklist. Normal checklist untuk sesuatu majlis perkahwinan. macam saya, saya menyiapkan checklist dengan melihat majlis-majlis kakak-kakak, jiran-jiran atau majlis kebiasaan yang dijalankan di kawasan perumahan saya. Kita ambil satu benchmarking.. BUkan lah untuk ktia buat majlis lebih besar, tetapi kita benchmark which is good we try to adapt, but what is not good or extravagant we have to throw away lah,, supaya kita pun tak terpengaruh dan sama-sama membazir.

Memang impian semua gadis ingin melakukan majlis perkahwinan impiannya. Ada yang nak garden theme, fairytale, beach, water dan macam-macam lagi lah kan. So apapun we have to back to our budget. Saya pasti kita mesti dah berbincang dengan pasangan kita, majlis amcam mana, apa, di mana, berapa semua kan.. 
So jangan terlalu mwengikut perasaan, majlis grand tak semestinya meriah dan diingati. Biar majlis itu sederhana, namun meriah dan bermakna bagi kita, keluarga dan juga tetamu. Yang pasti, kita berkahwin bukan untuk majlis semata-mata, lebih dari itu kan....

Bukan mudah untuk menyambung sunnah Rasulullah s.a.w, menyempurnakan sebahagian iman, menyambung zuriat dan macm-macam lagi siknifikan nya. 


BAJET PERKAHWINAN

Lokasi Majlis Perkahwinan:
Jumlah Bajet Perbelanjaan Keseluruhan Majlis:


Pengantin Perempuan & Keluarga
BIL
ITEM
BAJET
PERBELANJAAN SEBENAR
       1.             
Cincin Kahwin Pengantin Lelaki


       2.             


       3.             
Jurufoto#


       4.             
Juruandam & Pakej Andaman


       5.             
Medical Checkup (HIV,Talesmia dll)


       6.             
Pakaian Keluarga Sedondon


       7.             
Cenderahati tetamu*


       8.             
Kad Jemputan*


       9.             
Banner/Sepanduk Tunjuk Arah


   10.             
Hiasan Bilik Pengantin dan Rumah


   11.             
Katering**


   12.             
Langsir baru & Cat Rumah


   13.             
Jurunikah


   14.             
Deejay & PA System/Karaoke/Muzik


   15.             
Kompang


   16.             
Set Khemah/Kanopi


   17.             
Sewa kenderaan (Rombongan iringi majlis sambut menantu)


   18.             
Pakej SPA/urutan


   19.             
TOTAL



Perbelanjaan Sampingan:
  •    Hiasan Bunga untuk rumah dan bilik pengantin (cadar dan tabir)
  • Cenderahati/Kad Jemputan VIP & Tetamu biasa (lain konsep)*
  • Bajet dan pakej set hidangan Majlis Makan Beradab dan Biasa.**
  •  Photobook/Storybook#
  •  Tempahan desert/kuih/kek/muffin sampingan
  •  Hantaran Pengantin Lelaki (Lihat Bajet Perkahwinan 2)b
  • Bunga Manggar/Pahar
  • Set Hidangan Majlis Berzanzi dan Majlis Berinai
  •    Pakaian kendarat/Rewang & bunga rozet
Kalau di area Johor, panggilan kendarat begitu sinonim dengan kumpulan penduduk kampung, jiran tetangga yang sama-sama bergotong royong atau dalam bahasa Johor nya REWANG...hhehehehe,, kebiasaannya di kawasan saya, contohnya saya tinggal di felda, bila ada majlis perkahwinan, semua ahli blok akan turun padang dari merebus telur, menumbuk kerisik, dan macam-macam lagi lah. Kebiasaannya baju seragam akan dipakai ketika majlis besar iaitu semasa majlis bersanding. So mak dah cakap, kalau boleh time saya kahwin nak ada baju kendarat ni..terpaksalah meletakkan sedikit portion untuknya.

Selain itu juga, kebiasaannya waktu nikah baju lain, masa malam berinai baju lain, dan masa majlis bersanding baju lain. waaahhhh,,kopakkkkk!! hahahha,,tetapi kalau nak dibandingkan zaman kakak-kakak saya dulu akhwin sampai 6-7 persalinan. Kimonolah, Sari lah, gown lah, amcam-macam... kita yang menonton naik letih  jadinya kan...

Lokasi Majlis Perkahwinan:
Jumlah Bajet Perbelanjaan Keseluruhan Majlis:

Pengantin Lelaki & Keluarga
BIL
ITEM
BAJET
PERBELANJAAN SEBENAR
       1.             
Cincin Kahwin Pengantin Perempuan


       2.             
Hantaran Untuk Pengantin Perempuan


       3.             
Jurufoto#


       4.             
Juruandam & Pakej Andaman


       5.             
Medical Checkup (HIV, Talesmia dll)


       6.             
Pakaian Keluarga Sedondon


       7.             
Cenderahati tetamu*


       8.             
Kad Jemputan*


       9.             
Banner/Sepanduk Tunjuk Arah


   10.             
Hiasan Bilik Pengantin dan Rumah


   11.             
Katering**


   12.             
Zapin


   13.             
Deejay & PA System/Karaoke/Muzik


   14.             
Kompang


   15.             
Set Khemah/Kanopi


   16.             
Pakej Bulan Madu


   17.             
Pakej Facial/Urutan


   18.             
TOTAL



Bagi iz, dia kata nak panggil kumpulan zapin buat performance, so tu yang saya letak dalam bajet. Di rumah saya mungkin saya tak ambil PA system, untuk menjimatkan kos, mungkin hanya memasang set lagu-lagu sendiri. Itu memadai...heheheh.. Leh pinjam abang saya punya set audio....


Bajet yang saya buat ni saya adaptasi dari Majalah Pengantin...cuma saya sesuaikan dengan checklist saya. Ikutkan bajet yang diberi dalam majalah lebih detail dan dipecahkan kepada beberapa bahagian yang  mana saya fikir lagi besar majlisnya..... jadi sediakanlah bajet yang bersesuaian dengam majlis kita..kay???

No comments: