Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Cinta kita yang lahir dari hati tulus ikhlas setia mengharungi semua rintangan bersama, akan dipertaruhkan cinta ini sehingga termeterainya janji ikatan yang sah di sisiNYA.AMIN

Followers

Showing posts with label Kisah hati. Show all posts
Showing posts with label Kisah hati. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

apa ada pada tarikh 13122011???

Setiap pasangan mempunyai tarikh keramat masing-masing kan?? Setiapkali tarikh itu tiba, kita akan meraikannya dan mengingatinya. Tidak kiralah, kadang tarikh itu tidak dapat dilupakan kerana peristiwa gembira, dan ada juga kerana peristiwa sedih.

13 Disember 2011, merupakan satu tarikh yang bahagia dalam kamus kehidupan saya. Kenapa ya? Inilah tarikh dimana seorang jejaka berjaya melembutkan hati saya untuk menerima cinta. Dialah cinta pertama saya, dan insyaAllah dia jugalah yang akan menjadi cinta terakhir saya di dunia ini.

Tanggal 13 Disember 2004, saya berkenalan dengan seorang jejaka bernama Izmadi. jejaka yang mengubah persepsi saya mengenai cinta. Saya yang dulunya seorang gadis kasar, ala tomboy, sukar didekati lelaki dengan sikap berperwatakan garang. Bermulalah detik percintaan kami, pelbagai liku dan dugaan dilalui, disulami kenangan indah, merentasi hitam putih kehidupan.

Alhamdulillah, pada 13 Disember 2011 tempoh hari, kami masih lagi seperti kami.. hehehe...kebetulan berkesempatan berjumpa walau sekejap, hanya sempat bertukar hadiah masing-masing. Kebetulan saya sekeluarga pulang ke kampung, tetapi iz pula yang bekerja siang dan malam. Sibuk membuat persiapan Sukan Johor....sebagai yang tersayang kenalah memahami kan? Nanti dah jadi suami isteri, kenalah biasakan diri dari sekarang dapat seorang suami workaholic... but im really proud with him.. very committed guy.

Tak sangka sudah 7 tahun kami bercinta, mungkin kalau dah kawin, boleh dapat 3 orang anak lah kot..hahahahah... sepupu saya yang sama-sama berkenalan pada 1 mei 2004, sama hari dan tempat saya berkenalan dengan iz juga dah berkahwin dans elamat dapat 2 orang cahaya mata.... Yalah, kami masing-masing belajar lagi waktu, berbeza dengan sepupu kedua-duanya bekerja.. Seru lambat sampai...

"Terima kasih sayang atas hadiah jam tangan tu. Cantik tapi besar lah...ayang dah kurus"

Iz hadiahkan ku seutas jam tangan polo...tak sangka ada hadiah untukku,,,luv u dear.
Hadiah yang ku beri murah sahaja, hanya sebuah frame berisikan gambar kami berdua dan juga perhiasan meja pejabat khas untuknya.

Sudah lama kami merancang hal perkahwinan, tapi kali ni nampak iz betul-betul serius. Alhamdulillah....

Perancangan kami, ikatan pertunangan pada cuti raya cina nanti. Majlis akad nikah pada awal september dan majlis dirumahnya pada hari malaysia nanti. Hopefully my mom approved all the dates. Sebelum ni familyku setuju suara hati akmi ingin berkahwin cuma tarikh kami belum putuskan.

Emak pun dah bagitahu, kalau ayah dan ibu masih enggan beri restu untukku berkahwin, teruskan sahaja.
Alasan mereka menghalang hasratku untuk berkahwin tidak masuk akal.....Ya Allah permudahkanlah segalanya...

Aku berserah kepadaMU....

Kami amat berharap hubungan yang telah lama terjalin ini akan dimeterai mengikut jalan yang halal, suci sebgaimana sunnah KekasihMU Rasulullah s.a.w.....AMINN

Tuesday, December 6, 2011

Saya suka 2012

yuhuuuuuu,,,just a few days left before 2012 reach us... Perghh, tak tahu lah mengapa diri ini bersemangat nak sampai ke tahun 2012.. Harap-harapnya, diri ini masih lagi bernafas untuk melalui semua detik-detik indah itu...

hari ni di opis, saya dah siapkan semua kerja before lunch hour.. So after lunch hour, memang takde keje lah kan...! Mulalah surfing here and there, baca info terbaru mengenai majlis-majlis perkahwinan dan pertunangan,,,
Tak habis-habis dengan memasang impian....

Hari ni, dua orang kakak opis bertanyakan pasal hari indah itu, sedih pula diri ini..

Kakak 1:

"eh, ct kau tak cuti ke? orang lain sibuk cuti..."tanye kakak 1.
"cuti kak, next week saya cuti..10-14hb.."balas ku
'lamanya, ade majlis kau ke?" tanyenya lagi
"eh tak lah kak, majlis kesyukuran abah saya balik haji dan majlis aqiqah dua anak buah" jawab ku
"owhh, ingat majlis kau. bilanya majlis kau, tak sabar akak nak tengok" kepohnya lagi.
"insyaAllah kak, coming soon" balasku gusar

Kakak 2:

"azani, macam mana kes awak hari tu? dah settle ker?" tanye kakak 2.
"erm entahlah kak.. macam tu jugak." jawabku.
"habis tu planning awak nak kahwin macam mane? tanya nya lagi
"planning memang ade, ikutkan memang nak on je kak, tengoklah cuti ni saya bincang balik dengan keluarga saya. keluarga lelaki ikutkan nak cepat je" balasku.
"takpelah azani, sabar k, banyakkan berdoa..insyaAllah dipermudahkan" ujarnya kepadaku.
"terima kasih kak, mudahan kak..." balasku sedih.

Selesai solat zohor, aku teringatkan saat-saat eprbualan di atas. Aku teringat pertanyaan rakanku semalam di bbm, mengenai tarikh perancangan aku dan iz. Terus jejari pendekku menaip laju, mencari kalendar tahun hadapan.. Aku print kalendar dan takwim cuti 2012..

semangaatttttt!!!



Suppose  25hb 12 ni, majlis pertunanganku...tapi terpaksa ditukar pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Tapi beberapa hari lepas, iz suarakan hatinya untuk tunang pada bulan 1.. Erm,,gembiranya ku rasakan,,tapi bagaimana dengan ayahku yang sorang tu?? Mak dan abah mungkin tiada masalah...

Ahh, biarlah.. Cepat atau lambat kami akan kahwin juga. insyaAllah, jadi aku terus tekad mencari design, tema dan apa jua hal-hal perkahwinan kami. 

Checklist juga sudah aku siapkan....

Semoga dipermudahkan...AMIN

Monday, December 5, 2011

Suara Hati

Hari ni adalah hari yang paling bosan dekat opis. Ramai staff yang bercuti, yalah sekarang ni student tengah cuti semester. Tapi kami sebagai pensyarah tetap kena datang kerja. Dari pagi tadi aku hanya online sahaja. Blog ni adalah blog kedua ku... Terasa mati akal nak hias blog yang kedua ni.. Tidak apalah, mungkin blog ini tidak segah blog lain, tapi yang pasti, blog ni khas untuk ceritera cintaku... 

dari pagi ku hanya berblog-walking dari satu blog B2B ke B2B yang lain. Terasa cemburu di hati bila melihat masing-masing sedang aktif mencari ilham tentang dekorasi, tema dan apa jua yang terlibat untuk majlis mereka. Baik majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Apapun tahniah pada semua B2B...

Aku?? mungkin boleh digelar B2B... Tapi...masih tetap setia menanti...
Sebelum kes pertemuan iz dan ayah semasa konvo hari tu, aku ni bersemangat fikir pasal majlis pertunangan dan perkahwinan kami. Nak macam tu lah, nak macam ni lah.. Majalah pengantin dari bulan 6 sampai Disember telahpun ku beli. Impian ku yang satu, citaku dah tercapai, sekarang hanya menanti cintaku sahaja.

Emak Iz pun bersemangat, sudah mula melihat cincin untuk majlisku dan Iz, warna pakaian nikah, perancangan doorgift... Emakku pula sedang sibuk renovate rumah, dari depan hingga ke dapur di pasang mosaic, repair dapur, caat rumah, dan aku bersemangat menukar langsir rumah....

Tapi kini, sebahagiannya kurasakan terganggu sebentar, walaupun aku sekeluarga dan iz sekeluarga tetap membicarakan hal kami. Saudara mara Iz sibuk menyakat kami berdua. Saudara maraku juga seakan terkejut dengan tindakan ibu dan ayah kandungku yang menghalang perkahwinan ini tanpa alasan yang kuat dan jelas. Perancangan demi perancangan dibuat, namun jauh dari sudut hati ini, berasakan terlalu gusar dengan ayah. Kuasanya sebagai seorang ayah....

Hari ni, abah akan pulang dari tanah suci Mekah. Aku ingat lagi, ku titipkan doa pada abah supaya urusanku dipermudahkan.. Jika jodohku adalah Iz, permudahkan dan lembutkan hati ayah. Mudahan doa abah termakbul. Kini, hanya menanti abah pulang dan ingin berbincang dari hati ke hati, apa yang aku faham, mak kata tiada halangan... Jika ayah dan ibu bekeras enggan, kami mungkin meneruskan hasrat murni kami itu... Ya Allah berkatilah keputusan kami ini...

Kutitipka juga doa pada rakanku Husna semasa dia menunaikan haji muda nya baru-baru ini. Husna yang turut simpati juga berharap doanya termakbul. Syukran ya sahabah....

Blog-blog  yang kulawati, tetap membuat ku bersemangat ingin meneruskan ikatan suci itu. Kadang aku tersenyum tertarik melihat idea-idea yang ada di blog-blog B2B. Kadang airmataku bergenang sedih mengenang nasib yang bakal ku lalui. Rasa tertekan bila rakan-rakan satu sekolah, satu universiti, satu ofis menanyakan bila lagi bila lagi aku ingin mendirikan masjid.

Aduhh, hati ini sebenarnya melonjak dan bersedia setelah sekian lama, Iz juga gigih mengumpul wang untuk majlis kami. Namun, insan lain tidak upernah tahu jalan kisahku.... Hanya senyuman yang dapat kuberikan dan hanya berkata:

"InsyaAllah, kalau jadi, sampailah kad kat korang, jangan tak datang pulak.."

Bulan demi bulan, hari demi hari kami berdua menanti saat indah itu akan tiba.........

PRAKATA

Assalammualaikum w.b.t.

Sempena Disember kali ni, entah mengapa terasa ingin buat blog khas untuk aku dan si dia. Ingin aku memorikan semua kisah kami di blog ni menjadi satu koleksi bersama. Sebelum ini pernah aku cuba untuk menulis sebuah buku kisah hidupku dan kisah cintaku.... seperti ala-ala novel cinta, namun usaha sia-sia setelah satu bab pun tak boleh nak habis. InsyaAllah, one day, once our storied go through to the next process ----MARRIED.... i'll try to book it again...

Berdebar-debar rasanya bila mana kita semua dah masuk ke bulan Disember ni. Teringat kembali detik-detik aku dan Iz memulakan kisah cinta kami. Termeterai tarikh 13.12.2004, we officially being a love coupled until now. Alhamdulillah....13.12.2011, genaplah 7 tahun hubungan kami. Detik perkenalan yang bermula pada 01.05.2004, yang pada mulanya hanya sebagai seorang teman, hanya berhubung melalui SMS dan panggilan telefon. Kami tidak pernah bersua muka, cuma pernah melihat dari jauh sahaja.... 

As usual, hidup tidak selalunya indah, adakala kita dibuai mimpi indah, adakala kita dilanda mimpi ngeri... Semua itu adalah rencah resepi kehidupan seharian apatah lagi bagi pasangan bercinta. Namun, Alhamdulillah, hari ni aku bersyukur,, segala penantian dan kesabaran selama ni, sikit demi sikit bakal membuahkan hasil kepada impianku selama ini.. Mudah-mudahan Allah permudahkanlah segalanya....

Kini, kami hanya menantikan detik-detik indah itu menjelang. Hasrat kami untuk mendirikan rumah tangga telah disuakan kepada kedua orang tua kami. Namun, sedikit je lagi penantian perlu kami tunggu, iaitu jawapan pasti dari kedua orang tua kandungku....

Aku yang dibesarkan oleh keluarga angkatku sedari kecil lagi... Alhamdulillah, keluarga angkatku tiada halangan untuk kami mendirikan mahligai indah itu, begitu juga pihak keluarga iz.. Kini, kami hanya berdoa hati ayah dan ibu lembut untuk merestui kami seperti mak dan abah...

Hati mana yang tak menginjak saat dilamar oleh teman lelaki, sebagai wanita Islam, sudah tentu detik itu dinanti agar hubunga yang terjalin lebih diberkati dan sah disisiNYA.. Hati mana yang tak gusar bila hubungan cinta tanpa ikatan yang sah tentulah sentiasa ada yang ketiga iaitu Syaitan laknatullah. Mujurlah kami menempuhi cinta jarak jauh.....

Dulu, dari tahun 2005, aku melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi di Selangor dan iz ke Politeknik di Johor. Pada tahun 2007, aku melanjutkan pelajaran di KL, Iz pula sudah menempuhi alam kerjaya di Johor Bahru. Menjelang 2008, Iz berpindah kerja di Mersing sebagai kakitangan kerajaan. Alhamdulillah, syukur bila Iz dapat kerja di sana di kampung sendiri dan tinggal dengan keluarganya. Sepajang bekerja di Johor Bahru, kami selalu dilanda masalah, namun kami tetap bertahan. Setelah tempoh itu, banyak perubahan yang lebih baik dalam hubungan kami... Alhamdulillah....Walaupun berjumpa hanya lah sekali sekala tatkala cuti semester, hari raya dan bila aku sekeluarga pulang ke kampung, kami tetap dihiasi sat-saat indah seperti pasangan lain. kebetulan, aku mempunyai kakak-kakak yang memahami, dan Iz mempunyai ibu yang memahami dan paling sporting bagi kami. Kadang-kadang dengan bantuan mereka kami dapat berjumpa, walau kadang-kadang mereka ada sekali dengan kami... 

Cuma teknologi telefon lah sebagai penghubung utama selama ini. Sehinggalah kini, aku telah pun bekerja di Shah Alam, Iz masih di Mersing, kedua-duanya adalah kakitangan kerajaan. Kami masih lagi berhubungan jarak jauh.... Hanya berteraskan kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan, Alhamdulillah cinta kami tetap utuh.....

Semakin hari semakin kulihat kesungguhan dalam diri Iz, Ya Allah, syukur ku padaMU.... Terima kasih atas bantuanMu , Iz dah banyak berubah.. berbeza sangat beberapa tahun dulu. Kini aku jelas dengan ketulusannya, kesetiaannya dapat ku rasakan. Ku harap semuanya berkekalan sampai  bila-bila.. Ya Allah, jauhilah kami dari hadirnya lagi pihak ketiga yang ingin meruntuhkan cinta kami... dan Engkau bukakanlah pintu hati ayah dan ibu untuk merestui niat anak gadisnya ini untuk mendirikan perkahwinan....

Walaupun jauh dari sudut hati ada rasa terkilan dengan tindakan ayah dan ibu, mereka tidak membesarkan ku, segala process tumbesaranku mereka tak tahu. Dari saat ku berguling, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari, semuanya dipantau dan diawasi oleh emak dan abah. kasih sayang yang dicurahkan mereka tiada tandingan, aku ditatang bagai minyak yang penuh. terima kasih mak dan abah. Terima kasih Ya Allah, dengan bantuanMU menemukan dan mentakdirkan mereka sebagai keluarga angkatku, kehidupanku dipertaruhkan dengan keadaan yang baik.. Alhamdulillah....

Namun, hatiku sebagai seorang anak meruntun sedih, bukan tak bersyukur, bukan juga menuding jari... Keluarga yang membesarkanku dari umurku 80hari sehingga hari ini, yakin dengan keputusan ku untukku berkahwin kerana mereka percaya aku mampu. Namun, ibu dan ayah yang hadirnya tenggelam timbul sepanjang hidupku menentang keras-keras hanya dengan alasan usiaku yang terlalu muda dan baru bekerja..
Masih teringat ayat-ayat itu:

"ct muda lagi, kumpul harta dulu... merasa dulu duit tu..."

Apakah bila berkahwin aku tidak boleh mengumpul harta, bukankah berkahwin itu sunnah, dan ramai mengatak hidup alam perkahwinan itu lebih mengajar kita bertanggungjawab, rezeki lebih murah dan diberkati....

Yang paling terkilan, aku hanya memohon restu, restu dan iringan doa dari mereka... selama ini tidak pernha ku minta apa-apa dari mereka. Susah dan senangku bersama emak dan abah serta adik beradik angkatku, yang berhabis mendidikku dan membesarku tanpa mengungkit.. Ya Allah, ini adalah ujian besar bagiku... Ku mohon pertolonganMu...

Lembutkanlah hati ibu dan ayah, bukakanlah hati mereka kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang ayah dan ibu... Aku tidak pernah membelakangkan mereka, aku masih ingat mereka dan iktiraf mereka sebagai ibubapa berkuasa mutlak terhadapku.. dan aku masih sedar akan hadir dua adikku... 

Permintaan mereka tempoh hari yang kukira keterlaluan, permintaan secara tiba-tiba,,, ya Allah... Sayunya hati ini.. 

"Ayah nak beli rumah, kalau boleh nak guna nama ct, ayah bukan nak beli yang mahal, yang murah je, ct jagan risau ayah bayar bulan-bulan.. cuma ct bantu buat loan sahaja" ujar ayah.

Apabila dintanya, ayah sudah ada rumah sendiri namun disewakan kepada orang dan rumah yang mereka tinggal sekarang adalah rumah sewa. Namun, aku berasa gusar, mungkin rasa takut walaupun mereka ibu dan bapaku sendiri. Ya Allah, ampunilah aku... 

"adik-adik nak laptop, boleh ke ct belikan untuk dorang?" sambung ibu pula..
Apabila ditanya, dirumah sudah ada komputer, jadi perlukah lagi laptop itu? Adik-adik yang hanya berumur 12 tahun dan 14 tahun itu,, perlukah membuat assignment seperti di universiti? berat rasa hati ini untuk membuat keputusan...

Ya Allah, terjelepuk rasanya saat itu, sukar untuk ku ekspresikan wajah ku ketika itu...
Adik-adikku yang kukira hidup mewah, mempunyai handphone seorang satu.. sudah ku kira ayah mampu untuk melaksanakn tanggungjawabnya untuk memenuhi keperluan anak-anak nya yang masih sekolah.. InsyaAllah, seandainya akan datang rezeki ku lebih, aku akan bantu mana yang terdaya,... Namun kini, masih banyak tanggungan yang rperlu ku uruskan.. 

Apabila semua permintaan ku tolak dengan cara baik dengan alasan munasabah. Mereka terima dalam keterpaksaan..dan bermula dari saat itu, setelah kutemukan mereka dengan Iz keesokan harinya, mereka seolah menolak dan tidak bersetuju atas niat kami untuk berkahwin. 

"alasan hanyalah usia muda... walhal kakak-kakaku juga berkahwin seusiaku..malah lebih muda dan waktu itu mereka tidak bekerja, hanyalah si suami yang bekerja" 

Ya Allah, sungguh ku tak sangka...setiap mesej yang dihantar ayah, hanya berbaurkan marah, menyalahkan ku, seolah aku telah melakukan kejahatan.. walhal hanya ingin membangunkan masjid... setiap ayat yang mengatakn tanggungjawabku pada keluarga dan adik-adik, apa mungkin aku tidak mampu menunaikan tangunggjawabku setelah berkahwin? aku in hanya anak perempuan.. bukan anak lelaki. Selama ini ku berdiri di kaki sendiri dengan hasil sokongan keluarga angkat... bukan aku mengungkit, cuma mengharpkan belas dari ibu dan ayah... 

Bila aku dan emak dan abah buat keputusan nak berjumpa dan berbincang mengenai perkahwinanku, ayah seakan mengelakkan diri, memberi alasan macam-macam.

Aku juga terkilan bila ayah menanyakan emak jumlah gajiku... aku terpana dan sedih yang amat.

Ya Allah....ampuni aku sekiranya aku menjadi seorang anak yang derhaka.. berikanlah ku jalan Ya Allah....

Namun kubersyukur, bila tiba masalah ini, mengajarku erti kuat dan lebih matang, membuatku lebih dekat dengan MU Ya Allah. Membuatku menghargai orang-orang disekeliligku...

Terima kasih keluarga angkatku yang tak putus-putus memberiku semangat dan harapan. Mereka tidak pernah menyalahi sesiapa malah sentiasa memberikan nasihat kepadaku sebagai anak ibu dan ayah. Jasa-jasa mereka selama ini hanya Allah yang dapat membalasnya... dari kecil mereka tak pernah lupa mengingatkak ku kepada ayah dan ibu, Mereka selalu memujukku untuk berjumpa dengan ayah dan ibu. Setiap kali cuti, emak dan abah akan mengajakku mengunjungi rumah ayah. 

"biarlah kita yang ke sana, mungkin ayah sibuk nak datng tengok ct kat sini"
ku kira sibuk memanjangkah???? 

Bila hari ini...aku dah bekerja... dan ingin berkahwin, mereka hadir dan menuntut hak sebagai ayah dan ibuku,.. Ya Allah...sungguh berat hatiku menerima semua ini...

Sekarang,,perancangan untuk berkahwin sudah ada.. bila, di mana, apa semua.. kadang hati ini sedih melihat teman-teman satu persatu mendirikan masjid tanpa halangan... Itulah, persepsi ibubapa mereka mungkin berbeza,,,, bagi sesetengah ibubapa yang gembira bila mendengar hasrat anaknya untuk mendirikan rumahtangga... sekurang-kurangnya mereka tidak perlu risau akan hubungan tanpa ikatan yang sah, menjadi buah mulut orang.. Mengutamakan yang wajib- sunnah, mencegah maksiat, sekurang-kurangya juga, ada seseorang yang membantu menjaga anak gadisnya....

Terima kasih Ya Allah, dikala inilah ku merasakan Iz benar-benar ikhlas menyintaiku. Dia yang banyak bersabar dan memberiku kata nasihat dan semangat. iz tidak pernah menyalahkan ayah dan ibu, terus menasihatkan ku sama-sama berdoa.... Dia sedia menantiku, menanti restu itu... Terima kasih kepada mak dan abah iz yang sama-sama banyak membantu yang ku anggap sudah seperti ibu dan bapa mertuaku sendiri. Keluarganya juga menerimaku apa adanya...aku syukur jika sememangnya Iz adalah jodoh yang dijanjikan Allah untukku. Namun, semua itu masih digenggamanNYA, Maha Pencipta apa yang ada di langit dan di bumi..

Ya Allah, kurniakanlah ku kesabaran yang tinggi,,,untuk ku tempuhi semua ini. Maafkan ku kadangkala hadir rasa putus asa dan menyalahkan nasibku... Ya Allah... hanya Dikau yang mengetahui apa yang terbaik untukku, hambaMu yang kerdil ini...aku berserah padaMU......