Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Cinta kita yang lahir dari hati tulus ikhlas setia mengharungi semua rintangan bersama, akan dipertaruhkan cinta ini sehingga termeterainya janji ikatan yang sah di sisiNYA.AMIN

Followers

Showing posts with label Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Teaser : Bunga Tangan Nikah

InsyaAllah, bunga tangan nikah siti nanti, bakal adik ipar siti akan buatkan.. so D.I.Y lah kan... heheheh.. TQ to her... Gambar-gamabr kat bawah ni dia yang bagi... cantik kan??? 

kebetulan dia pun akan melangsungkan pertunangan nya sehari sebelum hari majlis bertandang saya dan iz...







Yeayyyy,, tak sabar nak tunggu hasilnya nanti.....mesti cantekkkk!!!

D.I.Y bunga tangan tunang

Bunga tangan yang digunakan semasa Malis Pertunangan kami......


Hasil tangkapan di tesco Shah Alam


Setelah diikat dengan reben....


taraaaaa.....ini lah hasilnya....

Kos Bahan:

2 jambak bunga RM 5.90/pcs 
1 set daun RM 4.90/pcs
Riben (lebihan hantaran)

Teaser : Persiapan Part 1

Hari ni dah 29 Mei 2012, beberapa bulan sahaja lagi menjelang Majlis yang dinanti-nanti itu.
Persiapan??? hurmm,, rasanya banyak benda siti tak settle lagi...huhuhu

Hati bertambah berdebar, risau tapi excited tetap ada.

Kalau diberi 100%, siti rasa persiapan masih lagi 20% - 30 % sahaja.

Antara persiapan:


  1. Tarikh Nikah, Resepsi dan Bertandang - Done
  2. OP - Booked Conan Malayan ( included rumah Iz dan Majlis tunang adiknya 3 in 1)
  3. Pakej Andaman & Pelamin - Booked Marsa Andaman
  4. Kursus Kahwin - Done since year 2009..hahahaha
  5. Tempah Baju Nikah - Done but not yet collect
  6. Kad Kahwin - still survey (expected to booked early June)
  7. Canopy - Booked 4 set
  8. PA System - Done and sponsored by Busana Bajrai
  9. Beli barang-barang hantaran - ongoing
  10. D.I.Y - ongoing
  11. Baju Batik Mak dan Abah - ongoing
  12. Baju Flower Girl & Boy - ongoing
  13. Kompang - ongoing
  14. Kumpulan Berzanji GPW - ongoing
  15. Pengapit - ongoing
  16. Kasut Nikah - ongoing
  17. Kek Hantaran - ongoing
  18. Booth Air/Cendol - my abang
  19. Goodies tetamu - 4th June baru nak pegi dengan family
  20. Banting - sponsored (handle by Iz)
  21. Penunjuk Arah - not yet
  22. Cadar Pengantin - not yet
  23. Hiasan Bilik Tidur - Booked Marsa Andaman
  24. Test HIV/Darah/Talesmia - Not yet
  25. Tok Kadi & Saksi - Not yet
  26. Guest List - ongoing
Alamak apa lagi ek, takut je siti ada tertinggal apa-apa. Bila difikir macam banyak benda nak settle, rasa migrain terus datang menyerang. Lagi-lagi bila pergerakan terbatas, kerja di opis menimbun-nimbun. Weekend pun kadang padat dengan aktiviti lain. Family jauh di Johor, kena pulak siti ni perlukan pandangan orang lain bila membeli. huuhuhuhuhu

to be continue and will be updated in next post.



D.I.Y : Album Tunang

wahhh,,semua benda siti nak update hari ni, dek kerana lama sangat tak update blog.. semua pun dah lapuk sebenarnya..

kali ni nak share pasal album tunang yang siti buat sendiri.


Kos Bahan:

Album RM 19 per pcs
Wording dari majalah lama
Gambar-gambar

Hasil setelah di lekatkan semua gambar


Gamabran dari depan album
Alhamdulillah, siti amat berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun tak sesempurna sticky album professional, jimat dan kemas okay..

album ni siti beli di seksyen 24 shah alam. ikutkan harga sebenar RM22.50, tapi setelah sesi twar menawar, dpatlah harga RM19 setiap satu... Di kulit depan album ade ruangan untuk letak gambar berpoket. Cantik kan???

Tapi untuk wedding nanti tak buat sendiri lah, memang dah amek Officiall Photographer..

Review My Eday

fuhhh fuhhhhhh tiup habuk jap dekat blog ni,,lama sudah tak tulis pape post dalam blog ni.. second blog ni memang takde orang review sangat..but its okay,,objektif utama hanya nak jadikan second blog ni teman maya untuk ku bercerita dan abadikan semua kenangan dan pengalaman pahit manis yang ku tempuh dalam menuju saat nya aku dan dia bersatu..InsyaAllah...


Okay...kali ni, nak buat review sedikit pasal My Engagement Day.... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Majlis berlangsung pada:

Hari : Ahad
Tarikh : 5 Februari 2012/ 12 rabiulawal 1433H
Tempat: Rumah Keluarga di Kulai

Persiapan yang semuanya alakadar dan last minute, sebab sukarnya nak cari masa lapang dan mohon cuti. Yalah, siti yang duduk keja kat Shah Alam, family semua di Johor. So, hari Jumaat tu baru dapat balik dengan sepupu Iz, Ada dan Amy. First singgah Parit Raja dulu, tengok hantaran yang dibuat khas oleh kakak ku. 

Lepas tu, terus menuju ke umah,, sampai je terus tukar baju dan singsing lengan. hahaha...mula mengemas sini sana. Almaklumlah rumah baru siap renovation, masih banyak perlu diselesaikan. Thanks pada Ada dan Amy yang tolong cuci tingkap satu umah.. heheheheh.....

dengan ayahanda dan bonda terchenta

with my fiance..oficially


with hantaran baju nikah-silver white

doorgift untuk tetamu

with all childhood friends....

with bestfriends since matrik until graduate degree....sobrina and her husband


sweet----hahahaa



with sister-in-law to be..


rombongan lelaki berangkat pulang-20 biji keta tuh



kek tunang sponsor by my sister

goodies bag untuk keluarga sebelah lelaki

with another Siti,,adik ipar kakakku.. 


all my siblings---



with my secondary classmates


cincin merisik--oleh Maklong Iz
menanti....penuh debar

cincin tunang-oleh emak Iz

suasana sebelum majlis
with Amy---

Ada--member sekampus merangkap junior Iz..sian dia, masa majlis tak dapat hadir sebab dah start training. 

hantaran lelaki kepada perempuan--7dulang
Bersama hantaran dari pihak IZ
Hantaran dari Pihak Perempuan-11dulang(tetiba kira2 terlebih)..hahahaha
jumlah wang hantaran-RM120

Alhamdulillah......termeterai sudahh


senyuman lega dari kami berdua...




Thursday, December 8, 2011

Checklist Hantaran Pertunangan

MAJLIS PERTUNANGAN (Hantaran)

Okay, kadang-kadang kita buntu kan, nak bagi ape lah kat pihak lelaki. Lagi-lagi bila ikut adat, kalau lelaki bagi perempuan 7, perempuan kena balas 9.. Sama-sama ganjil!!!

Teringat masa best fren ku kawin, aku cakap kat dia, kalau kau tak cukup doulang hantaran nak bagi, kau buat je satu dulang stokin sebelah kanan, satu dulang stokin sebelah kiri... hahahahha..... Apa-apa jelah kan..

Okay, checklist di bawah ni adalah antara bentuk hantaran yang aku terfikir lah. Aku rasa masa bertunang ni cukuplah yang simple sahaja. Mak aku pun cakap masa tunang ni tak payah lah handbag segala bagai, lebihkan kepada manisan dan makanan jer...

Dari Pihak Perempuan

1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet
4.Kain songket/Samping
5.Sejadah
6.Tuala
7.Coklat atau manisan lain
8.Kek
9.Potpourri/Bunga rampai
10.Buah-buahan
**Bajet Jamuan untuk tetamu-tetamu dari pihak lelaki.

Dari Pihak Lelaki

1.Cincin bertunang
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (baju nikah)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8. Jam tangan
9. Set Komestik/Penjagaan Wajah
10. Set Perfume

Boleh lah choose mana yang rasa sesuai untuk majlis dan citarasa korang. Tapi kalau korang ada idea yang lebih menarik bolehlah share sama kay!!

All the best....


Nota Mimosa: Turn aku lambat lagi, sedeyyyyyy....