Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Cinta kita yang lahir dari hati tulus ikhlas setia mengharungi semua rintangan bersama, akan dipertaruhkan cinta ini sehingga termeterainya janji ikatan yang sah di sisiNYA.AMIN

Followers

Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Teaser : Bunga Tangan Nikah

InsyaAllah, bunga tangan nikah siti nanti, bakal adik ipar siti akan buatkan.. so D.I.Y lah kan... heheheh.. TQ to her... Gambar-gamabr kat bawah ni dia yang bagi... cantik kan??? 

kebetulan dia pun akan melangsungkan pertunangan nya sehari sebelum hari majlis bertandang saya dan iz...







Yeayyyy,, tak sabar nak tunggu hasilnya nanti.....mesti cantekkkk!!!

D.I.Y bunga tangan tunang

Bunga tangan yang digunakan semasa Malis Pertunangan kami......


Hasil tangkapan di tesco Shah Alam


Setelah diikat dengan reben....


taraaaaa.....ini lah hasilnya....

Kos Bahan:

2 jambak bunga RM 5.90/pcs 
1 set daun RM 4.90/pcs
Riben (lebihan hantaran)

Teaser : Persiapan Part 1

Hari ni dah 29 Mei 2012, beberapa bulan sahaja lagi menjelang Majlis yang dinanti-nanti itu.
Persiapan??? hurmm,, rasanya banyak benda siti tak settle lagi...huhuhu

Hati bertambah berdebar, risau tapi excited tetap ada.

Kalau diberi 100%, siti rasa persiapan masih lagi 20% - 30 % sahaja.

Antara persiapan:


  1. Tarikh Nikah, Resepsi dan Bertandang - Done
  2. OP - Booked Conan Malayan ( included rumah Iz dan Majlis tunang adiknya 3 in 1)
  3. Pakej Andaman & Pelamin - Booked Marsa Andaman
  4. Kursus Kahwin - Done since year 2009..hahahaha
  5. Tempah Baju Nikah - Done but not yet collect
  6. Kad Kahwin - still survey (expected to booked early June)
  7. Canopy - Booked 4 set
  8. PA System - Done and sponsored by Busana Bajrai
  9. Beli barang-barang hantaran - ongoing
  10. D.I.Y - ongoing
  11. Baju Batik Mak dan Abah - ongoing
  12. Baju Flower Girl & Boy - ongoing
  13. Kompang - ongoing
  14. Kumpulan Berzanji GPW - ongoing
  15. Pengapit - ongoing
  16. Kasut Nikah - ongoing
  17. Kek Hantaran - ongoing
  18. Booth Air/Cendol - my abang
  19. Goodies tetamu - 4th June baru nak pegi dengan family
  20. Banting - sponsored (handle by Iz)
  21. Penunjuk Arah - not yet
  22. Cadar Pengantin - not yet
  23. Hiasan Bilik Tidur - Booked Marsa Andaman
  24. Test HIV/Darah/Talesmia - Not yet
  25. Tok Kadi & Saksi - Not yet
  26. Guest List - ongoing
Alamak apa lagi ek, takut je siti ada tertinggal apa-apa. Bila difikir macam banyak benda nak settle, rasa migrain terus datang menyerang. Lagi-lagi bila pergerakan terbatas, kerja di opis menimbun-nimbun. Weekend pun kadang padat dengan aktiviti lain. Family jauh di Johor, kena pulak siti ni perlukan pandangan orang lain bila membeli. huuhuhuhuhu

to be continue and will be updated in next post.



Thursday, December 8, 2011

Checklist Hantaran Perkahwinan

MAJLIS PERKAHWINAN (Hantaran) b                                                                                                  

Okay, post kali ni mengenai hantaran majlis perkahwinan pula. Post sebelum ni, aku post mengenai hantaran pertunangan... Hantaran majlis perkahwinan sudah pasti lebih grand dan banyak dulangnya. Barang-barang atas dulang pun boleh tahan nilainya.

Jadi kalau boleh seat face to face dengan pasangan. Bincangkan barang apa yang ingin dijadikan sebagai hantaran dan pegilah beli sama-sama supaya kedua-dua puas hati dengan pilihan bersama.

Jadi, berikut merupakan cadangan aku je..


Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):
  1. Tepak sirih
  2. Pulut kuning
  3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
  4. Kain pelikat
  5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
  6. Kasut (dan/atau stoking)
  7. Al-Quran (atau tafsir)
  8. Sejadah
  9. Jam tangan
  10. Potpouri/Bunga Rampai
  11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
  12. Perfume
  13. Towel
  14. Buah-buahan
  15. Kek
  16. Muffin atau biskut
  17. Gula-gula (atau manisan lain)

Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):
  1. Tepak sirih
  2. Mas kahwin
  3. Pulut kuning
  4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
  5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
  6. Al-Quran (atau tafsir)
  7. Sejadah
  8. Kek
  9. Potpouri/Bunga rampai
  10. Jam tangan
  11. Kasut
  12. Handbag
  13. Perfume
  14. Buah-buahan
  15. Set alat solek
  16. Telekung sembahyang
  17. Muffin atau biskut
  18. Towel
  19. Gula-gula (atau manisan lain)

Checklist ni dah pun aku emailkan pada incik iz.. hehehehe

Checklist Hantaran Pertunangan

MAJLIS PERTUNANGAN (Hantaran)

Okay, kadang-kadang kita buntu kan, nak bagi ape lah kat pihak lelaki. Lagi-lagi bila ikut adat, kalau lelaki bagi perempuan 7, perempuan kena balas 9.. Sama-sama ganjil!!!

Teringat masa best fren ku kawin, aku cakap kat dia, kalau kau tak cukup doulang hantaran nak bagi, kau buat je satu dulang stokin sebelah kanan, satu dulang stokin sebelah kiri... hahahahha..... Apa-apa jelah kan..

Okay, checklist di bawah ni adalah antara bentuk hantaran yang aku terfikir lah. Aku rasa masa bertunang ni cukuplah yang simple sahaja. Mak aku pun cakap masa tunang ni tak payah lah handbag segala bagai, lebihkan kepada manisan dan makanan jer...

Dari Pihak Perempuan

1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet
4.Kain songket/Samping
5.Sejadah
6.Tuala
7.Coklat atau manisan lain
8.Kek
9.Potpourri/Bunga rampai
10.Buah-buahan
**Bajet Jamuan untuk tetamu-tetamu dari pihak lelaki.

Dari Pihak Lelaki

1.Cincin bertunang
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (baju nikah)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8. Jam tangan
9. Set Komestik/Penjagaan Wajah
10. Set Perfume

Boleh lah choose mana yang rasa sesuai untuk majlis dan citarasa korang. Tapi kalau korang ada idea yang lebih menarik bolehlah share sama kay!!

All the best....


Nota Mimosa: Turn aku lambat lagi, sedeyyyyyy....