Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Cinta kita yang lahir dari hati tulus ikhlas setia mengharungi semua rintangan bersama, akan dipertaruhkan cinta ini sehingga termeterainya janji ikatan yang sah di sisiNYA.AMIN

Followers

Monday, December 19, 2011

my bornday


yesterday...18 december was my bornday 24 years old... alhamdulillah,,diri ini masih lagi bernafas dan dapat menikmati hidup pada hari-hari yang indah. Syukur Ya Allah...

terima kasih pada semua atas ucapan besday di mobil mobile phoneku mahupun di facebook..


sungguh terharu diri ini dengan ingatan tulus ikhlas semua.. betul kata orang,, biar tiada hadiah, cukup dengan sebaris ucapan cukup bermakna bagi seseorang itu.. doa dan ingatan.. yaaa.... thanks again everyone...

ramai yg mendoakan my wedding.. alhamdulillah, i hope for all your prayers guys... InsyaAllah,, coming soon.. Hopefully no more obstacles....

Antara komen-komen membina dan secara tak langsung, wipe all my sadness and worries:-

TQ aimee.... teman sekampus dan juga rakan blogger

 future -to-be cousin of my love..hehehe...

TQ nida... salah sorang teman sekampus

TQ anim,,my kampungmate

TQ...my secondary classmate...

Kadang-kadang....persekitaran kita jelas membantu kita untuk lebih kuat.... persekitaran juga dapat membantu dan membentuk kita. Pucuk pangkal, kitalah yang kene bijak menghadapi persekitaran kan? Syukur alhamdulillah,, Allah telah kurniakan rakan-rakan yang baik dan memahami.... 

TQ my luvly sister... u always d best

TQ manis..exclassmate.

TQ my dear Mohamad Izmadi.... i luv u forever...
Ramai yang tanye,, saya celebrate kat mana?? I just say NO.. sepanjang hari hanya stay at home, marathon movie.. nothing changed.. hehehe... im alone here,, nak keluar pun tak seronok.. cuma hari ni terasa ingin makan kek,, InsyaAllah petang nanti lepas kerja ingat nak pegi secret recipe. Just buy a piece of cake for myself. 

As usual,,never had a chance to buy a cake, celebrate with all the dearies in my life.. whatever it is, the prayers are most meaningful for me.. InsyaAllah,, lepas ni, saya berazam saya akan menjadi seorang anak, kakak, adik, makcik, sahabat, cikgu yang baik. dan jika diberi keizinan olehNYA, saya ingin menjadi seorang isteri dan menantu yang baik....

Just now Im realize, im proud to be me... no one others can be like me "SITI NURAZANI"...

Thank you ALLAH...


Thursday, December 15, 2011

apa ada pada tarikh 13122011???

Setiap pasangan mempunyai tarikh keramat masing-masing kan?? Setiapkali tarikh itu tiba, kita akan meraikannya dan mengingatinya. Tidak kiralah, kadang tarikh itu tidak dapat dilupakan kerana peristiwa gembira, dan ada juga kerana peristiwa sedih.

13 Disember 2011, merupakan satu tarikh yang bahagia dalam kamus kehidupan saya. Kenapa ya? Inilah tarikh dimana seorang jejaka berjaya melembutkan hati saya untuk menerima cinta. Dialah cinta pertama saya, dan insyaAllah dia jugalah yang akan menjadi cinta terakhir saya di dunia ini.

Tanggal 13 Disember 2004, saya berkenalan dengan seorang jejaka bernama Izmadi. jejaka yang mengubah persepsi saya mengenai cinta. Saya yang dulunya seorang gadis kasar, ala tomboy, sukar didekati lelaki dengan sikap berperwatakan garang. Bermulalah detik percintaan kami, pelbagai liku dan dugaan dilalui, disulami kenangan indah, merentasi hitam putih kehidupan.

Alhamdulillah, pada 13 Disember 2011 tempoh hari, kami masih lagi seperti kami.. hehehe...kebetulan berkesempatan berjumpa walau sekejap, hanya sempat bertukar hadiah masing-masing. Kebetulan saya sekeluarga pulang ke kampung, tetapi iz pula yang bekerja siang dan malam. Sibuk membuat persiapan Sukan Johor....sebagai yang tersayang kenalah memahami kan? Nanti dah jadi suami isteri, kenalah biasakan diri dari sekarang dapat seorang suami workaholic... but im really proud with him.. very committed guy.

Tak sangka sudah 7 tahun kami bercinta, mungkin kalau dah kawin, boleh dapat 3 orang anak lah kot..hahahahah... sepupu saya yang sama-sama berkenalan pada 1 mei 2004, sama hari dan tempat saya berkenalan dengan iz juga dah berkahwin dans elamat dapat 2 orang cahaya mata.... Yalah, kami masing-masing belajar lagi waktu, berbeza dengan sepupu kedua-duanya bekerja.. Seru lambat sampai...

"Terima kasih sayang atas hadiah jam tangan tu. Cantik tapi besar lah...ayang dah kurus"

Iz hadiahkan ku seutas jam tangan polo...tak sangka ada hadiah untukku,,,luv u dear.
Hadiah yang ku beri murah sahaja, hanya sebuah frame berisikan gambar kami berdua dan juga perhiasan meja pejabat khas untuknya.

Sudah lama kami merancang hal perkahwinan, tapi kali ni nampak iz betul-betul serius. Alhamdulillah....

Perancangan kami, ikatan pertunangan pada cuti raya cina nanti. Majlis akad nikah pada awal september dan majlis dirumahnya pada hari malaysia nanti. Hopefully my mom approved all the dates. Sebelum ni familyku setuju suara hati akmi ingin berkahwin cuma tarikh kami belum putuskan.

Emak pun dah bagitahu, kalau ayah dan ibu masih enggan beri restu untukku berkahwin, teruskan sahaja.
Alasan mereka menghalang hasratku untuk berkahwin tidak masuk akal.....Ya Allah permudahkanlah segalanya...

Aku berserah kepadaMU....

Kami amat berharap hubungan yang telah lama terjalin ini akan dimeterai mengikut jalan yang halal, suci sebgaimana sunnah KekasihMU Rasulullah s.a.w.....AMINN

Thursday, December 8, 2011

Checklist Hantaran Perkahwinan

MAJLIS PERKAHWINAN (Hantaran) b                                                                                                  

Okay, post kali ni mengenai hantaran majlis perkahwinan pula. Post sebelum ni, aku post mengenai hantaran pertunangan... Hantaran majlis perkahwinan sudah pasti lebih grand dan banyak dulangnya. Barang-barang atas dulang pun boleh tahan nilainya.

Jadi kalau boleh seat face to face dengan pasangan. Bincangkan barang apa yang ingin dijadikan sebagai hantaran dan pegilah beli sama-sama supaya kedua-dua puas hati dengan pilihan bersama.

Jadi, berikut merupakan cadangan aku je..


Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):
  1. Tepak sirih
  2. Pulut kuning
  3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
  4. Kain pelikat
  5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
  6. Kasut (dan/atau stoking)
  7. Al-Quran (atau tafsir)
  8. Sejadah
  9. Jam tangan
  10. Potpouri/Bunga Rampai
  11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
  12. Perfume
  13. Towel
  14. Buah-buahan
  15. Kek
  16. Muffin atau biskut
  17. Gula-gula (atau manisan lain)

Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):
  1. Tepak sirih
  2. Mas kahwin
  3. Pulut kuning
  4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
  5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
  6. Al-Quran (atau tafsir)
  7. Sejadah
  8. Kek
  9. Potpouri/Bunga rampai
  10. Jam tangan
  11. Kasut
  12. Handbag
  13. Perfume
  14. Buah-buahan
  15. Set alat solek
  16. Telekung sembahyang
  17. Muffin atau biskut
  18. Towel
  19. Gula-gula (atau manisan lain)

Checklist ni dah pun aku emailkan pada incik iz.. hehehehe

Checklist Hantaran Pertunangan

MAJLIS PERTUNANGAN (Hantaran)

Okay, kadang-kadang kita buntu kan, nak bagi ape lah kat pihak lelaki. Lagi-lagi bila ikut adat, kalau lelaki bagi perempuan 7, perempuan kena balas 9.. Sama-sama ganjil!!!

Teringat masa best fren ku kawin, aku cakap kat dia, kalau kau tak cukup doulang hantaran nak bagi, kau buat je satu dulang stokin sebelah kanan, satu dulang stokin sebelah kiri... hahahahha..... Apa-apa jelah kan..

Okay, checklist di bawah ni adalah antara bentuk hantaran yang aku terfikir lah. Aku rasa masa bertunang ni cukuplah yang simple sahaja. Mak aku pun cakap masa tunang ni tak payah lah handbag segala bagai, lebihkan kepada manisan dan makanan jer...

Dari Pihak Perempuan

1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet
4.Kain songket/Samping
5.Sejadah
6.Tuala
7.Coklat atau manisan lain
8.Kek
9.Potpourri/Bunga rampai
10.Buah-buahan
**Bajet Jamuan untuk tetamu-tetamu dari pihak lelaki.

Dari Pihak Lelaki

1.Cincin bertunang
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (baju nikah)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8. Jam tangan
9. Set Komestik/Penjagaan Wajah
10. Set Perfume

Boleh lah choose mana yang rasa sesuai untuk majlis dan citarasa korang. Tapi kalau korang ada idea yang lebih menarik bolehlah share sama kay!!

All the best....


Nota Mimosa: Turn aku lambat lagi, sedeyyyyyy....

Wednesday, December 7, 2011

Buku Nota Keramat

im very excited to be a bride, but somehow, the stories of us still pending... huwaaaaa.... saya dan dia memang bersedia sekian lama sudah, merancang itu dan ini... Now, just pray and keep praying to Allah, may everything go smoothly...



Punyalah excited,details and planned... I have special book as my note...my diari... everything yang terlintas untuk majlisku akan ku tuliskan di situ.


Kebiasaanya, setiapkali aku akan letak buku keramat tu kat sebelah, kang ade je pape, aku tulis dalam buku tu. Tapi bila di opis ke, atau di luar, apa-apa yang menarik minat aku, akan ku save dalam memo di hand phone dulu.. Pastu transfer...hehehehe

Salah satu contoh, bajet perkahwinan dalam post sebelum ni, itu sume telah kutuliskan dalam buku keramat tu. dan akhirnya aku taip dalam word dan emailkan pada iz. boley lak macam tu eyyy??? heeeee~~

So, aku rasa penting ade buku keramat ni, atau pada sesiapa yang ada PDA ke, Ipad ke, Tabby ke... takde buku keramat pun takpe, gadget korang lagi canggih untuk semua tu....kannn? bestnya... nak satuuuuu!!!

Perlukah Bajet Perkahwinan???

Bukan kerajaan jer memerlukan bajet yer, kita yang nak mendirikan rumahtangga ni juga perlukan bajet. Kenapa?? Okay, frankly speaking, once we have our own budget, so may help our process getting smoothly interms of cash and we can overcome ourself from facing the overbudget.... Underbudget is good, but its rare right???

Okay, saya dah wat template bajet ni since april lagi. Semua ni gara-gara terpengaruh opismate nak kahwin on may.. So saje memanjakan diri with all these stuffs..hahahaha... Basically, kita kena tengok jugak checklist. Normal checklist untuk sesuatu majlis perkahwinan. macam saya, saya menyiapkan checklist dengan melihat majlis-majlis kakak-kakak, jiran-jiran atau majlis kebiasaan yang dijalankan di kawasan perumahan saya. Kita ambil satu benchmarking.. BUkan lah untuk ktia buat majlis lebih besar, tetapi kita benchmark which is good we try to adapt, but what is not good or extravagant we have to throw away lah,, supaya kita pun tak terpengaruh dan sama-sama membazir.

Memang impian semua gadis ingin melakukan majlis perkahwinan impiannya. Ada yang nak garden theme, fairytale, beach, water dan macam-macam lagi lah kan. So apapun we have to back to our budget. Saya pasti kita mesti dah berbincang dengan pasangan kita, majlis amcam mana, apa, di mana, berapa semua kan.. 
So jangan terlalu mwengikut perasaan, majlis grand tak semestinya meriah dan diingati. Biar majlis itu sederhana, namun meriah dan bermakna bagi kita, keluarga dan juga tetamu. Yang pasti, kita berkahwin bukan untuk majlis semata-mata, lebih dari itu kan....

Bukan mudah untuk menyambung sunnah Rasulullah s.a.w, menyempurnakan sebahagian iman, menyambung zuriat dan macm-macam lagi siknifikan nya. 


BAJET PERKAHWINAN

Lokasi Majlis Perkahwinan:
Jumlah Bajet Perbelanjaan Keseluruhan Majlis:


Pengantin Perempuan & Keluarga
BIL
ITEM
BAJET
PERBELANJAAN SEBENAR
       1.             
Cincin Kahwin Pengantin Lelaki


       2.             


       3.             
Jurufoto#


       4.             
Juruandam & Pakej Andaman


       5.             
Medical Checkup (HIV,Talesmia dll)


       6.             
Pakaian Keluarga Sedondon


       7.             
Cenderahati tetamu*


       8.             
Kad Jemputan*


       9.             
Banner/Sepanduk Tunjuk Arah


   10.             
Hiasan Bilik Pengantin dan Rumah


   11.             
Katering**


   12.             
Langsir baru & Cat Rumah


   13.             
Jurunikah


   14.             
Deejay & PA System/Karaoke/Muzik


   15.             
Kompang


   16.             
Set Khemah/Kanopi


   17.             
Sewa kenderaan (Rombongan iringi majlis sambut menantu)


   18.             
Pakej SPA/urutan


   19.             
TOTAL



Perbelanjaan Sampingan:
  •    Hiasan Bunga untuk rumah dan bilik pengantin (cadar dan tabir)
  • Cenderahati/Kad Jemputan VIP & Tetamu biasa (lain konsep)*
  • Bajet dan pakej set hidangan Majlis Makan Beradab dan Biasa.**
  •  Photobook/Storybook#
  •  Tempahan desert/kuih/kek/muffin sampingan
  •  Hantaran Pengantin Lelaki (Lihat Bajet Perkahwinan 2)b
  • Bunga Manggar/Pahar
  • Set Hidangan Majlis Berzanzi dan Majlis Berinai
  •    Pakaian kendarat/Rewang & bunga rozet
Kalau di area Johor, panggilan kendarat begitu sinonim dengan kumpulan penduduk kampung, jiran tetangga yang sama-sama bergotong royong atau dalam bahasa Johor nya REWANG...hhehehehe,, kebiasaannya di kawasan saya, contohnya saya tinggal di felda, bila ada majlis perkahwinan, semua ahli blok akan turun padang dari merebus telur, menumbuk kerisik, dan macam-macam lagi lah. Kebiasaannya baju seragam akan dipakai ketika majlis besar iaitu semasa majlis bersanding. So mak dah cakap, kalau boleh time saya kahwin nak ada baju kendarat ni..terpaksalah meletakkan sedikit portion untuknya.

Selain itu juga, kebiasaannya waktu nikah baju lain, masa malam berinai baju lain, dan masa majlis bersanding baju lain. waaahhhh,,kopakkkkk!! hahahha,,tetapi kalau nak dibandingkan zaman kakak-kakak saya dulu akhwin sampai 6-7 persalinan. Kimonolah, Sari lah, gown lah, amcam-macam... kita yang menonton naik letih  jadinya kan...

Lokasi Majlis Perkahwinan:
Jumlah Bajet Perbelanjaan Keseluruhan Majlis:

Pengantin Lelaki & Keluarga
BIL
ITEM
BAJET
PERBELANJAAN SEBENAR
       1.             
Cincin Kahwin Pengantin Perempuan


       2.             
Hantaran Untuk Pengantin Perempuan


       3.             
Jurufoto#


       4.             
Juruandam & Pakej Andaman


       5.             
Medical Checkup (HIV, Talesmia dll)


       6.             
Pakaian Keluarga Sedondon


       7.             
Cenderahati tetamu*


       8.             
Kad Jemputan*


       9.             
Banner/Sepanduk Tunjuk Arah


   10.             
Hiasan Bilik Pengantin dan Rumah


   11.             
Katering**


   12.             
Zapin


   13.             
Deejay & PA System/Karaoke/Muzik


   14.             
Kompang


   15.             
Set Khemah/Kanopi


   16.             
Pakej Bulan Madu


   17.             
Pakej Facial/Urutan


   18.             
TOTAL



Bagi iz, dia kata nak panggil kumpulan zapin buat performance, so tu yang saya letak dalam bajet. Di rumah saya mungkin saya tak ambil PA system, untuk menjimatkan kos, mungkin hanya memasang set lagu-lagu sendiri. Itu memadai...heheheh.. Leh pinjam abang saya punya set audio....


Bajet yang saya buat ni saya adaptasi dari Majalah Pengantin...cuma saya sesuaikan dengan checklist saya. Ikutkan bajet yang diberi dalam majalah lebih detail dan dipecahkan kepada beberapa bahagian yang  mana saya fikir lagi besar majlisnya..... jadi sediakanlah bajet yang bersesuaian dengam majlis kita..kay???